Jumaat, 17 Februari 2012

Kompak Toyota Passo



Salam semua,

Musim-musim kekeringan idea ni, apa-apa pun kita sama-sama kongsi jenis citarasa yang ada...rasanya baik aku kongsikan gambar je.. so hari ni aku nak kongsikan beberapa keping gambar kenderaan idaman aku yang menyerupai Myvi.. Kalau korang perasan tentu korang pernah jumpa model-model kenderaan ni di atas jalan raya malaysia yang menjadi trend bagi yang meminati kereta jenis K-Kompak...hehehe.....

Kenderaan ni berasal dari negara matahari terbit di kenali sebagai Passo keluaran Toyota yang mana memang tidak dijual di Malaysia kerana di Malaysia dah ada Myvi keluaran Perodua. jadi kalau korang terjumpa dijalan raya Malaysia kemungkinan besar kenderaan tu telah diconvert oleh peminat-peminat passo ni.. tapi tidak mustahil ada sebiji dua passo Ori diatas jalan raya negara kita kerana sudah ada beberapa syarikat pengimport kereta terpakai cuba menjualnya di Malaysia… tapi perlu diingat harga yang cuba dijual sangat GILA sehingga harganya menyamai Myvi Lagi Power Lagi Best.
Apa yang menariknya aku sendiri memang dari dulu sampai sekarang memang minat dengan model passo ni.. mungkin kerana design luarannya dan didalam yang menarik menjadikan ramai pemilik kenderaan myvi menukar beberapa bahagian body part myvi ni kepada passo. Sampaikan ada yang sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit menukar keseluruhan body part myvi ni kepada passo.. biasaler 2 janji kepuasan ranggi power dan aotumotif kimpak dan mikro....sehingga bila dilihat sekali pandang memang 100% sama dengan Passo di Jepun.



Kalau korang tanya aku kenapa orang suka sangat buat modifikasi kereta ni.. jawapannya adalah KEPUASAN.
Kalau orang perempuan sukakan shopping, begitu juga orang lelaki mesti ada minatnya tersendiri.. Kata orang kalau ada RM semuanya boleh.. nak jadikan kereta macam kapal terbang pon boleh.. hehehe....ok ler kawan-kawan..K-Kompak Ranggi Power-Budaya Automotif Kompak dan Mikro... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan